Resit Rasmi

CARA BAGI MENDAPATKAN RESIT RASMI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

  1. KELANTAN (MAIK)
    • Pengguna boleh dapatkan resit pembayaran dengan menghantar emel butiran pembayaran (seperti nama, kad pengenalan, alamat, emel, no telefon, tarikh bayaran, jenis zakat, jumlah bayaran, dan tahun bayaran) kepada [email protected].
  2. PUSAT PUNGUTAN ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN (PPZ-MAIWP)
    • Resit boleh didapati di website www.zakat2u.com.my dalam masa 3-7 hari selepas membuat pembayaran
    • Email pengesahan pembayaran akan diberi setelah selesai pembayaran zakat
  3. PERLIS (MAIPS)
    • Pihak MAIPS akan melakukan proses pengeposan ke alamat rumah pembayar yang telah didaftarkan dalam tempoh 2-3 hari selepas pembayaran dibuat.
    • Untuk semakan, boleh layari laman web MAIPS www.maips.gov.my dan cari ‘Penyata Zakat’
  4. JOHOR (MAINJ)
    • Email pengesahan pembayaran akan diberi setelah selesai pembayaran zakat
    • Dalam masa 2-3 minggu selepas pembayaran dibuat, boleh semak resit di www.epayment.maij.gov.my
  5. NEGERI SEMBILAN (MAINS)
    • Pihak MAINS akan menghantar emel rasmi kepada pembayar pada keesokan harinya melalui alamat emel yang telah didaftarkan sewaktu membuat bayaran zakat selepas pembayaran dilakukan
    • Proses mengambil masa selama 1-2 hari waktu bekerja
  6. SABAH (MUIS)
    • Resit pembayaran boleh dapatkan di website portal MUIS www.muis.sabah.gov.my atau boleh hubungi 088-279186/088-279187
  7. SARAWAK(TBS)
    • Pihak TBS akan menghantar e-mel menyatakan bahawa pembayaran telah pun berjaya dilakukan mengikut alamat emel yang telah didaftarkan sewaktu membuat pembayaran selepas pembayaran dilakukan
    • Pembayar juga boleh menghubungi pihak TBS di talian 082-682861 bagi mendapatkan pengesahan bahawa pembayaran telah dilakukan.
    • Untuk resit rasmi, pihak TBS akan melakukan proses pengeposan ke alamat rumah pembayar yang telah didaftarkan.
    • Proses mengambil masa selama 1-2 minggu.
  8. TERENGGANU (MAIDAM)
    • Pihak MAIDAM akan menghantar emel rasmi kepada pembayar pada keesokan harinya melalui alamat emel yang telah didaftarkan sewaktu membuat bayaran zakat selepas pembayaran dilakukan
    • Proses mengambil masa selama 2-3 hari bekerja.
  9. WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
    • Resit boleh didapati di website www.zakat2u.com.my dalam masa 3-7 hari selepas membuat pembayaran
    • Email pengesahan pembayaran akan diberi setelah selesai pembayaran zakat
  10. PULAU PINANG (MAINPP)
    • Hanya zakat harta akan diberikan resit melalui pos, MAINPP tidak keluarkan resit untuk zakat fitrah
    • Pengguna perlu menggunakan portal zakatpenang.com jika memerlukan resit rasmi.