Dasar Privasi

Tarikh Kemaskini : 31 Oktober 2023

Dasar privasi ini menerangkan dasar dan prosedur kami mengenai penggunaan data maklumat anda semasa anda melayari laman web kami dan penggunaan aplikasi mobile Tulus di Google Playstore dan Apple Appstore. Tulus Digital Sdn Bhd adalah komited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia.

Aplikasi Tulus adalah dibangunkan dan dikendalikan oleh Tulus Digital Sdn Bhd.

Halaman ini adalah untuk memaklumkan polisi privasi Tulus Digital Sdn Bhd kepada pengguna berkenaan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi pengguna bagi perkhidmatan kami.

Sekiranya anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan kami, maka secara automatik anda telah bersetuju dengan terma pengumpulan dan penggunaan maklumat yang berkaitan dengan polisi ini. Tujuan pengumpulan maklumat ini adalah hanya bagi peningkatan perkhidmatan kepada pelanggan Tulus Digital Sdn Bhd sahaja. Kesemua maklumat yang dikumpulkan tidak akan digunakan atau dikongsikan kepada mana-mana pihak seperti yang telah diperjelaskan di dalam dasar privasi ini.

Istilah yang digunakan di dalam Dasar Privasi ini mempunyai erti yang sama seperti terma dan syarat di mana ianya dapat diakses di Aplikasi Tulus atau Aplikasi SnapNPay oleh Tulus Digital Sdn Bhd, kecuali ditentukan sebaliknya.

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

Didalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, pihak kami mungkin memerlukan pengguna untuk mengongsikan maklumat peribadi dimana ianya tidak terhad kepada nama pengguna, gambar, no telefon dan emel sahaja. Maklumat tersebut akan disimpan dan digunakan bagi tujuan seperti yang diperjelaskan di dalam dasar privasi ini.

Aplikasi ini juga menggunakan perkhidmatan pihak ketiga yang mana bertujuan untuk mengenalpasti identiti diri anda dalam penggunaan perkhidmatan ini dan tujuan komunikasi pemasaran yang relevan.

Log Data

Adalah dimaklumkan bahawasanya dalam setiap penggunaan perkhidmatan kami, log pengguna seperti waktu dan tarikh penggunaan adalah direkodkan melalui perkhidmatan pihak ketiga bagi tujuan mengenalpasti masalah yang berlaku didalam aplikasi. Log tersebut merangkumi maklumat seperti Protokol Internet (IP), maklumat peranti, versi sistem operasi peranti, konfigurasi peranti dan aplikasi.

Kuki (Cookies)

Kuki adalah sebuah fail dengan sejumlah kecil data yang biasa digunakan sebagai pengecam unik tanpa nama. Ianya dihantar bagi menyemak memori maklumat laman yang dilawati oleh pengguna melalui peranti anda.

Perkhidmatan ini tidak menggunakan “kuki” secara eksplisit. Walau bagaimanapun, aplikasi ini mungkin menggunakan kod pihak ketiga dimana ianya disimpan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Pengguna mempunyai pilihan untuk menerima atau menolak kuki ini, dan mengetahui apabila ianya dihantar ke peranti anda. Sekiranya anda memilih untuk menolak menggunakan kuki, anda mungkin tidak dapat menggunakan beberapa bahagian Perkhidmatan yang terdapat didalam aplikasi ini.

Keselamatan

Kami menghargai kepercayaan yang diberikan berkenaan Maklumat Peribadi yang dikongsikan oleh anda. Oleh yang demikian, pihak kami berusaha untuk menggunakan kaedah yang boleh memastikan keselamatan data anda dalam keadaan yang selamat. Namun demikian, adalah diingatkan kepada para pengguna dimana tidak ada kaedah penghantaran melalui internet, atau kaedah penyimpanan elektronik yang 100% selamat dan boleh dipercayai, dan kami tidak dapat menjamin keselamatannya yang mutlak.

Pautan ke Laman Web Lain

Perkhidmatan ini mungkin mengandungi pautan ke laman web lain. Sekiranya anda mengklik pada pautan pihak ketiga, anda akan diarahkan ke laman web tersebut. Adalah dimaklumkan bahawa sebarang pautan dipihak ketiga adalah diluar kawalan pihak kami. Untuk makluman, menjadi tanggungjawab pengguna untuk memahami dasar privasi aplikasi ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Pihak kami tidak mempunyai kawalan ke atas, dan tidak bertanggungjawab bagi kandungan, dasar privasi, atau praktik kepada mana-mana laman web atau perkhidmatan pihak ketiga.

Privasi Kanak-kanak

Perkhidmatan ini tidak ditujukan kepada individu dibawah umur 13 tahun. Sekiranya pihak kami mendapat mana-mana maklumat berkenaan pengguna dibawah 13 tahun, pihak kami akan terus memadam maklumat tersebut dari simpanan kami. Sekiranya anda mendapati maklumat anda telah digunakan oleh anak anda tanpa menyedarinya, sila hubungi pihak kami untuk tindakan selanjutnya.

Perubahan pada Dasar Privasi ini

Dasar Privasi ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Oleh demikian, anda dinasihatkan untuk menyemak halaman ini secara berkala bagi mendapatkan sebarang perubahan ke atas dasar privasi yang telah ditetapkan. Pihak kami juga akan menyiarkan dan memaklumkan perubahan dasar privasi kami dihalaman ini. Sebarang perubahan berkenaan dasar privasi adalah berkuatkuasa serta-merta, setelah dipaparkan di halaman ini.

Hubungi Kami

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau cadangan berkenaan dasar privasi kami, pihak pengguna boleh mengajukan melalui emel rasmi kami di [email protected].