Telus Memberi

Kongsi Rezeki di Hujung Jari

Cerita Kami

Bagaimana Tulus Bermula?

Tiada satu aplikasi di Malaysia untuk masyarakat Muslim membayar zakat atau menderma kepada organisasi-organisasi Islamik di dalam satu aplikasi. Kebanyakan organisasi Islam mempunyai aplikasi tersendiri yang berasingan dan pengguna terpaksa memuat turun pelbagai aplikasi untuk membuat pembayaran atau pun sumbangan. Kini, dengan Tulus, hanya satu aplikasi diperlukan.

Pengerusi Eksekutif

Datuk Dr Mohd Daud Bakar

Datuk Dr Mohd Daud Bakar adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amanie Group dan merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Lembaga Penyeliaan Syariah International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM), Labuan serta penyandang Kursi Akademik Yayasan Tun Ismail (YTI) – USIM serta Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga adalah Ahli Lembaga Syariah the Dow Jones Islamic market Index (New York), Muzn Islamic Bank (Oman), BNP Paribas (Bahrain), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London and Middle East (London) yang boleh di simpulkan sebagai Tokoh Shariah Global atau Pakar Penasihatan Shariah Global. Beliau adalah Pemegang Doktor Falsafah dari St. Andrews University, Scotland; Ijazah Sarjana Muda (Fiqh dan Usul) dari Universiti Kuwait dan (second degree) Ijazah Sarjana Muda Perundangan (external), Universiti Malaya

Sertai Kami

Sekiranya organisasi anda masih belum berada di dalam aplikasi Tulus, sertai kami hari ini. Klik di sini untuk memohon.